Isnin, 25 Oktober 2010

MEMORI DI 3 RAMD




Kenangan indah ini tidak akan dapat kita ulangi lagi. Itulah resmi dunia dan putaran hidup kepada setiap insan dan juga makhluk Allah. Oleh itu marilah kita bersama-sama untuk mengenakan kembali detik-detik lalu dengan menyertai sebuah persatuan. Semoga dengan tertubuhnya persatuan ini dapat kita mengeratkan lagi tali silaturahim sesama bekas warga 3 RAMD. TEGUH BERANI

INTAKE 122 TAHUN 1991

Tanggal 10 Jul 1991 maka pada tarikh itulah aku mula mengenal alam tentera. Kerana dari detik itu sehingga artikel ini ditulis pada 26 Okt 2010 aku masih berkhidmat. Seramai 29 rekrut dari Intake 122 telah melapor ke 3 RAMD pada tanggal 4 Jan 1992 (kalau saya tidak silap). Pada waktu itu Sjn Sahak (Kalau silap betulkan) Probos Sjn ada bersama mengambil skot kami di Port Dickson. Setibanya di balai pengawal MP beliau mengarahkan kami semua turun kerana trak yang kami naik telah rosak. Tanpa mempersoalkan apa-apa kami semua pun turunlah dengan membawa beg (Kit Bags) yang berat. Rupa-rupanya trak tersebut tidak rosak dan terus menghala ke 3 RAMD. Dalam hati menyumpah, kena dera la kita semua.

Menjalani latihan lanjutan soldadu muda dibawah bimbingan Kpl Ismail - 1042910, Sjn Mohd Shoti, Kpl Rahman - 1050 (PTI), Kpl Fauzi (1050435) dan KSMJ pada masa itu PW II (Lupa Nama - Tapi org terengganu - maaf encik lupa nama tapi rupa tidak lupa). Kalau tidak silap saya semasa menjalani latihan soldadu muda itu termasuk di dalam bulan ramadhan. Ada suatu ketika Azli (Popia) telah tertangkap oleh Kpl Rahman (PTI) kerana memakan maggi dan telah didenda duduk ditengah panas.

Ketika menjelang hari raya, Azai telah menangis di dalam loker kerana sedih tidak dapat balik kg. Mungkin itulah pertama kalinya kami semua menyambut hari raya jauh dari keluarga. Kini setelah hampir 20 tahun kebanyakan ada yang telah berjaya. Pbt Zulkifli Kamaruddin kini telah menjawat KM di 10 RAMD, Pbt Isa hassan kini sebagai RSM di 4 RAMD, Pbt Alias (kati) kini sebagai KSM di Kompeni B 3 RAMD (masih setia bersama pasukan) dan ramai lagi yang saya tidak tahu kini, maaf ya skot.

SALAM UKUWAH UNTUK SEMUA BEKAS WARGA 3 RAMD


Assalamualaikum kepada semua bekas warga 3 RAMD yang pernah berkhidmat sama ada di Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu Kelantan atau pun Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu Sabah. Saya mengujudkan blog ini adalah kerana dorongan dan juga galakan dari bekas-bekas teman di 3 RAMD yang kini telah bersara wajib atau pun menamatkan perkhidmatan. Hanya dalam beberapa hari saja Facebook bekas Tigaramd diujudkan telah berjaya menemukan bekas-bekas warga 3 RAMD yang lama tidak bertemu dapat ditemukan walaupun di alam maya.

Untuk pengetahuan semua, saya mula berkhidmat di 3 RAMD pada bulan Jan 1992 yang ketika itu berpengkalan di Kem Desa Pahlawan sehingga Apr 2004 di Kota Kinabalu Sabah. Mungkin juga hasil dari teguran dari teman-teman lama saya dapat ketahap ini. Sebelum saya berkhidmat di Maktab Tentera Diraja saya pernah membuat tugas Sarjan Urustadbir di 3 RAMD, kerani dokumen, kerani MT, kerani kompeni Markas, kerani kompeni C.